My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 September 2017

    Labur EUR1 Bilion



    Pertanian digital dilihat sebagai masa depan dalam penghasilan makanan dan ia bukan sesuatu yang mustahil dalam kalangan petani kecil. Presiden Bahagian Sains Tanaman Bayer AG Liam Condon berkata, pertanian digital membolehkan pengusaha ladang mendapat hasil tanaman lebih tinggi pada kos lebih rendah dan sumber sedikit. 

    “Jika sebelum ini penggunaan jentera berat diperlukan untuk mengusahakan dan menguruskan tanaman, namun pertanian digital hanya memerlukan beberapa peranti untuk memantau keseluruhan kawasan.

    “Penggunaan telefon pintar dilengkapi aplikasi bersesuaian dan dron cukup untuk menguruskan tanaman mereka. Melalui penggunaan teknologi, petani mengetahui jenis kerosakan yang berlaku, berapa banyak air diperlukan, baja bersesuaian dan kawasan tanaman yang memerlukan lebih perhatian hasil daripada analisis data.

    “Ia bukan saja menjimatkan masa, malah membantu petani menguruskan sumber dengan baik,” katanya pada program Future of Farming Dialog 2017 anjuran Bayer, di sini, baru-baru ini.

    Beliau berkata, untuk membangunkan sistem pertanian digital, Bayer bekerjasama dengan pelbagai pihak yang mampu menawarkan penyelesaian khususnya daripada aspek teknologi. “Untuk membangunkan sistem yang lengkap, kami perlu bekerja dengan pihak lain memandangkan setiap syarikat mempunyai kepakaran berbeza.

    “Sistem ini berbeza untuk setiap petani kerana keperluan yang tidak sama bergantung kepada jenis tanaman, kerosakan dan keluasan ladang,” katanya.

    Melalui Unit Sains Tanaman, Bayer membelanjakan lebih EUR1 bilion setahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan potensi jualan digabungkan untuk operasi seluruh dunia mencecah EUR5 bilion.

    Melalui inovasi ditawarkan Bayer, jumlah pendapatan petani dicatatkan AS$90 bilion dan dijangka melepasi AS$100 bilion tahun ini. Malah, Condon berkata, pihaknya dijangka menawarkan 15 lagi produk baru antara 2017 dan 2020 melalui R&D yang dijalankan bagi sektor pertanian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Labur EUR1 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top