My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 3 May 2018

    100 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang



    LEBIH 30 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan perkampungan atas air di Kampung Panji, di Semporna, malam tadi. Kejadian 10.40 malam itu mengakibatkan lebih 100 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan masing-masing. 

    Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.

    Katanya, seramai 12 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dikerah ke lokasi kejadian untuk bantuan segera. "Setibanya di lokasi kejadian, api sudah memusnahkan hampir sebahagian besar perumahan itu dan operasi pemadam segera dijalankan.

    "Api berjaya dikawal pada jam 12.38 tengah malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 2.48 pagi. Ia selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya.

    Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. “Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 100 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top