Seperti yang kerap kali diperkatakan oleh ramai pihak samada dari Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahupun ramai pemimpin utama BN yang lain, Pilihan Raya Umum ke 14 ini adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan masa hadapan negara menjelang kita mengecapi status negara maju pada tahun 2020.
Ianya juga menentukan survivor bangsa Melayu yang selama ini menguasai negara ini sejak beratus tahun yang lalu. Tidak kurang juga, pilihan raya kali ini juga menentukan sejauh mana kaum Melayu masih mampu mengekalkan kuasa yang ada disaat dunia hari ini bergerak dengan begitu pantas.
Dalam hal ini, kita perlu mendalami sepenuhnya keadaan semasa kaum Melayu itu sendiri. Hari ini, kaum Melayu sudah terbahagi kepada dua kelompok iaitu kelompok luar bandar dan kelompok bandar. Bagi kelompok luar bandar, apa sahaja yang mereka usahakan pasti akan mendapat bantuan terus daripada kerajaan.
Malah, kerajaan hari ini juga banyak menyediakan pelbagai bantuan khusus buat penduduk luar bandar seperti bantuan pekebun getah, nelayan dan pesawah. Malah, menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu juga menggariskan beberapa lagi bantuan khas luar bandar seperti bantuan baik pulih rumah, pembelajaran dan sebagainya.
Tidak hairanlah jika kelompok pertama ini begitu setia dengan kerajaan kerana limpahan bantuan yang tidak akan mungkin dinikmati jika kita tinggal di negara luar atau kerajaan pembangkang yang mengambil alih.
Bagi kelompok bandar pula, mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat yang ada di internet. Pada kebiasaannya, kelompok ini menganggap diri mereka sudah moden dan tidak memerlukan apa-apa bantuan terus dari kerajaan. Namun pada masa yang sama, terdapat segelintir dari kelompok ini gemar mencetuskan provokasi di laman sosial seperti mahu memupuk orang ramai membenci kerajaan.
Melihat kepada kewujudan dua kelompok ini, timbul persoalan, adakah kita mahu merasai "nikmat" hidup di bawah sebuah kerajaan yang dikuasai oleh DAP? Adakah kita sudah cukup bersedia untuk berketuakan seorang yang bukan dari kalangan rumpun bangsa Melayu buat kali pertama dalam sejarah?
Secara amnya, memang mereka menamakan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka. Namun, seperti mana yang berlaku di negara jiran kita, Singapura, peranan Mahathir kelak tidak ubah seperti peranan seorang Presiden di negara berkenaan. Segala percaturan politik, pentadbiran kerajaan mahupun kewangan, dikawal sepenuhnya oleh DAP.
Malah, tidak mustahil, DAP akan meletakkan orang-orangnya bagi memnyelanggara perjalanan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri sehinggalah pada akhirnya, kekuasaan Raja-Raja Melayu juga akan dilemahkan sebelum sistem pentadbiran negara berubah menjadi sebuah negara Republik sepenuhnya.
Hal ini tidak mustahil berlaku dalam tempoh 5 tahun yang akan datang sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan. Perlu diingatkan, sebarang perubahan Rang Undang-Undang atau Perlembagaan perlu mendapat kelulusan majoriti di Dewan Rakyat sebelum di bawa ke Dewan Negara.
Sekiranya mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, tidakkah mereka berpeluang untuk melaksanakan agenda Malaysia Malaysian yang digagaskan oleh Lim Kit Siang sejak 1966? Dengan sokongan penuh majoriti yang mereka ada, percayalah, kuasa kaum Melayu terhadap tanahair tercinta ini akan terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.
Pada ketika itu tidak ada apa yang perlu disesalkan kerana kita sendiri terlalu mudah terpedaya dengan hasutan jahat DAP dan kuncu-kuncunya yang hari ini menggunakan logo PKR bagi mengaburi mata para pengundi. Adakah kita mahu hidup dan tertipu dengan tipu helah DAP yang tidak pernah jemu cuba merampas Malaysia dari tangan kaum Melayu? Tepuk dada, tanyalah selera.
0 comments:
Post a Comment