Secara amnya, kita mempunyai 3 lapangan terbang antarabangsa di Lembah Klang. Dua daripadanya terletak di Sepang iaitu KLIA dan KLI2 manakala satu lagi adalah terletak di Subang.
Melihat akan jarak yang agak jauh natara Sepang dan KLIA akhirnya, kesemua lapangan terbang ini dapat dihubungkan dengan satu jaringan pengangkutan yang akan bermula dari KL Sentral. Sistem rel ini dinamakan sebagai The Skypark Link.
Untuk pengetahuan, The Skypark Link ini secara rasminya beroperasi sejak 1 Mei yang lalu dan ianya dibuka secara percuma untuk sepanjang bulan Mei ini.
Secara amnya, perkhidmatan rel ini akan memakan jarak sejauh 26 kilometer daripada KL Sentral ke Subang Skypark dan akan berhenti di hentian Subang Jaya. Jarak masa perjalanan yang diambil dianggarkan antara 28 hingga 30 minit.
Dijangkakan, pada masa akan datang, sua lagi stesyen akan di bina iaitu di Glenmarie dan Sri Subang untuk kemudahan orang ramai yang ingin ke Subang Skypark. Menariknya, kekerapan tren ini akan mengambil masa setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap setengah jam bagi bukan waktu puncak.
Pada setiap tren, pada waktu-waktu tertentu, ianya dapat memuatkan sekitar 300 orang dalam satu-satu masa dan dijangkakan, dengan kewujudan tren ini, ianya diharap mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di sepanjag laluan menuju ke Subang Skypark.
Di Stesen KL Sentral pula, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan ERL, sistem Komuter, LRT dan Monorel untuk menuju ke destanasi yang ingin dituju. Bagi mereka yang mahu terus ke KLIA, mereka boleh mengambil tren ERL untuk ke KLIA dari Subang Skypark.
Ini adalah kemudahan terbaru yang disediakan kepada pelancong selain daripada perkhidmatan Grab dan teksi. Hari ini, para penumpang yang menggunakan Subang Skypark dan KLIA tidak lagi perlu pening memikirkan pengangkutan yang perlu mereka guna sekiranya mahu menuju ke KLIA, KLIA2 dan Subang Skypark.
0 comments:
Post a Comment