Perlu diakui, sejak 1959, MCA adalah sebuah parti komponen yang begitu setia dengan Parti Perikatan sebelum ianya ditukar kepada Barisan Nasional. Sejak dahulu lagi, ramai diantara calon yang diketengahkan oleh Perikatan mahupun Barisan Nasional adalah terdiri daripada kaum Cina yang majoritinya adalah wakil dari MCA.
Sepanjang tempoh panjang selama 60 tahun, parti ini tidak pernah walau sekalipun mengkhianati setiakawan yang terjalin antara MCA dengan UMNO, MIC dan kesemua parti komponen yang lain. Mereka kekal komited bersama-sama membangunkan sebuah negara majmuk tanpa mengutamakan kehendak dan keperluan satu-satu kaum semata-mata.

Persoalannya kini, selama 60 tahun hubungan erat terjalin antara MCA dan UMNO, kenapa perlu kini mereka mahu beralih arah kearah pembangkang? Kenapa perlu kini MCA hanya mengutamakan satu-satu kaum semata-mata?
Kesemua dakwaan ini muncul dari pihak kem DAP yang sedaya upaya memupuk rasa benci pengundi kaum Melayu terhadap MCA. Malah mereka juga cuba menyemai benih kebencian ini kepada kaum Cina supaya menolak sesiapa sahaja calon dari MCA yang didakwa DAP sebagai hamba kepada UMNO.
Bagi mereka yang tidak memahami duduk sebenar komposisi parti komponen di dalam BN, hubungan yang terjalin ini berteraskan semangat toleransi, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan memahami kehendak dan keperluan semua kaum tanpa mengira apa jua agama dan bangsa. Teras inilah yang kekal dipertahankan sejak 60 tahun yang lalu dan tidak mungkin akan terlerai begitu sahaja.

Bak kata pepatah orang lama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Inilah senario sebenar kedudukan MCA dan semua parti komponen yang ada di dalam BN. Jika jatuh, rakan komponen lain tolong berdirikannya semula. Jika kuat, semuanya akan dipikul bersama. Percayalah, tidak ada apa yang mampu merobohkan kekuatan BN yang telah dibina sejak sekian lama ini.
0 comments:
Post a Comment