My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 5 May 2018

    Ongkili Yakin Rakyat Sabah Masih Sokong BN

    Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

    Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun kerusi Dun di negeri ini masih tetap kukuh dan kuat. 

    Ongkili yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Marudu berkata ini berdasarkan semangat padu rakyat Sabah sepanjang beliau berkempen dari satu kawasan ke kawasan lain yang ingin memastikan BN Sabah akan memperolehi kemenangan besar pada PRU14 ini dan sekali lagi membantu BN membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

    “Bagaimanapun, kami masih ada beberapa hari lagi untuk berkempen dan kami akan kerja habis-habisan bagi memastikan matlamat itu tercapai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kelawat di sini, hari ini. 

    Turut hadir calon BN bagi kerusi Dun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai. Ongkili berkata pengertian rakyat Sabah tentang mengapa mereka perlu memilih BN sudah cukup jelas kerana selama ini BN prihatin terhadap pembangunan negeri selain komited membincangkan perkara berkaitan hak dan kepentingan negeri dan rakyat seperti mana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu juga berkata perhatian menyeluruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pembangunan negeri dan keperluan rakyat Sabah turut memberi impak untuk rakyat Sabah terus menyokong BN kerana ia begitu berharga buat penduduk di negeri ini.

    “Saya banyak kali mendengar beliau (Najib) mengatakan Wawasan 2020 tidak akan tercapai (untuk) menjadikan (Malaysia) sebuah negara maju selagi Sabah dan Sarawak tidak dibangunkan… selagi luar bandar Sabah tidak dimajukan setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

    “Ini adalah komitmen seorang pemimpin berjiwa rakyat… betul-betul nak membina Malaysia yang mampan, Malaysia yang dihormati. Dan, ini juga adalah (faktor) Sabah dan Sarawak untuk terus menyokong BN dan menyokong kepimpinan beliau (Najib),” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ongkili Yakin Rakyat Sabah Masih Sokong BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top