My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 5 May 2018

    Mangsa Kelapan Rabies Di Sarawak Meninggal Dunia



    Satu lagi kematian akibat jangkitan rabies atau penyakit ‘anjing gila’ dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian kini berjumlah lapan orang di Sarawak sejak penyakit itu dikesan pada 30 Jun lepas.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan bahawa kematian terbaru membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dari Kampung Sebangkoi, daerah Simunjan, di bahagian Samarahan.

    Menurutnya pelajar sebuah sekolah kebangsaan di Simunjan itu mula menunjukkan tanda dan gejala seperti sakit dan lemah pada bahagian sebelah kanan lengan serta muntah-muntah pada 18 April, dan pada 19 April, dia beliau dibawa oleh ibu bapanya ke klinik swasta dan seterusnya ke Hospital Serian.

    “Keadaannya semakin tenat, dan pada 22 April mengalami serangan sawan. Keesokan harinya kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Sampel klinikal dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur pada 2 Mei dan keputusannya didapati positif jangkitan virus rabies,” menurutnya kenyataan itu.

    “Keadaan kes semakin teruk dan meninggal dunia pada 3 Mei pada pukul 12.06 tengah hari dengan penyebab kematian disahkan sebagai Rabies encephalitis,” tambahnya.

    Setakat 2 Mei, terdapat 30 buah kawasan di lima bahagian di Sarawak, iaitu Serian (21), Sri Aman (1), Kuching (4), Samarahan (3) dan Sarikei (1); telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

    Sehingga kini cuma satu kes jangkitan pada manusia yang dikesan awal tahun ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dari Kampung Kuala, Serian, yang dilaporkan terselamat dan dibenarkan pulang Februari lepas; namun dia masih dalam keadaan koma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mangsa Kelapan Rabies Di Sarawak Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top