My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 3 May 2018

    DJ Avicii Sah Mati Akibat Bunuh Diri



    DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping kaca, lapor laman web gosip selebriti TMZ, semalam. 

    Namun, wakil DJ warga Sweden itu enggan mengulas lanjut berhubung laporan itu, tetapi sebelum ini, ahli keluarganya dilaporkan tidak menolak kemungkinan beliau bertindak membunuh diri. 

    “Beliau memang sentiasa bergelut untuk mencari makna mengenai kehidupan dan kebahagiaan. Beliau tidak mampu bertahan lagi dan ingin mencari ketenangan,” kata keluarga dalam satu surat terbuka pada Khamis lalu.

    Sementara itu, TMZ yang memetik sumber yang tidak didedahkan berkata, Avicii mengalami pendarahan yang serius selepas mencederakan dirinya dengan kepingan kaca dipercayai daripada botol. Avicii atau nama asalnya, Tim Bergling, 28, ditemui meninggal dunia pada 20 April lalu ketika sedang bercuti di Oman.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DJ Avicii Sah Mati Akibat Bunuh Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top