My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 13 October 2016

    Belum Pasti Bila Masuk Malaysia


    Facebook ketika ini masih tidak dapat memastikan tempoh masa sebenar untuk memperkenalkan segmen dagangan Facebook Marketplace di Malaysia. 

    Facebook Marketplace yang diperkenalkan pada 3 Oktober lalu di pasaran asing adalah perkhidmatan terbaru oleh media sosial itu untuk menggalakkan orang ramai membeli belah menerusi e-dagang di dalam platformnya.

    Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, buat masa ini pihaknhya menyarankan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih agresif menggunakan platform sedia adanya sebagai destinasi perniagaan memandangkan ketika ini terdapat 19 juta pengguna tempatan yang menggunakannya setiap hari.

    Beliau berkata, daripada jumlah itu, 95 peratus pemilik akaun menggunakan telefon mudah alih untuk mengakses Facebook yang mana ia membantu PKS dan usahawan meluaskan capaian pemasaran mereka.

    “Jumlah pengguna perniagaan yang terdapat di Facebook ketika ini adalah sebanyak 16 juta di seluruh dunia dan ia dijangka terus berkembang dari masa ke masa.

    “Malah, kami juga mengadakan program galakan kepada usahawan tempatan untuk menggunakan Facebook menerusi pendidikan dan ia dilaksanakan oleh kumpulan perniagaan kecil dan sederhana Facebook Malaysia,” katanya pada pada taklimat media di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belum Pasti Bila Masuk Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top