Satu persatu tindak tanduk Tun Dr Mahathir yang kononnya boleh menjatuhakan Perdana Menteri, dipecahkan. Sebelum ini pelbagai usaha dibuat termasuk menggunakan media luar negara untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, menemui kegagalan.
Terbaru, beliau berusaha menggunakan saluran istana untuk mencapai hasrat dan kemahuannya. Menariknya, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat Malaysia, kononnya, Majlis Raja-Raja akan membincangkan usul pemecatan Datuk Seri Mohd Najib melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang bermula semalam.
Ini dilakukan setelah usaha beliau menghasut Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong menemui kegagalan. Sebelum perjumpaan dengan Yang DiPertuan Agong, Mahathir dengan cukup yakin berkata, Paduka Tuanku akan memperkenankan permohonannya dan ini kerap disampaikan oleh beliau dan kuncu-kuncunya untuk mendapatkan sokongan politik.
Namun, apa yang berlaku, sebaliknya. Paduka Tuanku menolak cadangan Mahathir dan Baginda juga enggan mencampuri urusan negara kerana Baginda berpendapat, sebarang campurtangan istana, akan memporak perandakan negara.
Melihat kepada kegagalan ini, Mahathir sekali lagi bertindak menghantar sepucuk surat bagi mendesak Majlis Raja-Raja membincangkan usul berkenaan, hanya bersandarkan kepada 1.4 juta tandatangan rakyat yang kononnya beliau kumpulkan sejak melancarkannya, April lalu.
Sekali lagi beliau dilihat agak yakin dimana beliau merasakan, Majlis Raja-Raja akan membincangkan usul beliau dan mengajak rakyat menunggu sahaja hasilnya kelak. Masalahnya, andai usul yang beliau cadangkan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja, adakah Mahathir akan memfitnah Raja-Raja Melayu pula seperti mana beliau lakukan terhadap banyak pihak sebelum ini?
Selaku bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu mengenai apa yang diperbincangkan menerusi mesyuarat berkenaan. Kesemua Duli-Duli Tuanku yang bermesyuarat pada kebiasaannya akan membincangkan hal ehwal agama Islam, Melayu, negeri masing-masing dan mungkin juga menentukan siapakan Yang DiPertuan Agong selepas ini.
Pihak Duli-Duli Tuanku juga akan berkenan membincangkan sebarang hal membabitkan negara dan mengikut Perlembagaan, pihak Istana adalah diatas sebarang unsur-unsur politik. Kebiasaannya, pihak istana akan berkecuali jika ada sebarang permasalahan yang timbul mengenai perbalahan politik.
Disinilah penipuan Mahathir terdedah. Sudahlah dakwaannya konon Malaysia akan jatuh muflis bulan lalu tidak menjadi kenyataan, terkini beliau diilihat mempermainkan institusi istana dengan mendahului apa-apa keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu. Adakah Mahathir sudah terlalu kemaruk dengan kuasa sehingga tergamak mempergunakan institusi istana hanya untuk memuaskan nafsu politiknya?
Mahathir juga harus sedar, beliau pernah melukakan hati pihak istana apabila tindakannya melemahkan kuasa Raja-Raja sehinggakan ada pemerhati berpendapat, Mahathir berhasrat untuk menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai simbol negara sahaja dengan segala keputusan eksekutif, terletak ditangannya sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Dosa ini bukan mudah untuk dilupakan oleh Kebawah Duli-Duli Tuanku yang bersidang. Mungkin Mahathir boleh terus bermimpi untuk mendapat perkenan Kebawah Duli-Duli untuk melakukan apa yang dimahukannya. Namun, Mahathir harus ingat, kuasa Istana jauh lebih tinggi daripada Deklarasi Rakyat mahupun dua tiga helai kertas yang mendesak Majlis Raja-Raja masuk campur dalam pentadbiran negara.
0 comments:
Post a Comment