Setelah PAS dan negara amnya meratapi pemergian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September yang lalu, PAS kelmarin secara rasminya melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Tuan Haji Hashim Bin Jasin sebagai Mursyidul Am yang baru.
Sebenarnya, perlantikannya ini diluar jangka kerana ramai yang beranggapan, pemangku Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai pengganti Allahyarham Datuk Haron Din. Namun, nama diluar daripada jangkaan juga akhirnya dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.
Nama Tun Haji Hashim sebenarnya agak tenggelam dalam arus politik PAS sebelum ini. Namanya hanya pernah disebut beberapa kali dan paling diingati adalahkata sinis berhubung pemilikan sebuah kereta Posche milik anaknya disebalik imej zuhud yang beliau pamerkan kepada rakyat.
Ramai yang agak meragui kemampuan Tuan Haji Hashim dalam menerajui PAS. Pada usianya yang kini mencecah 76 tahun, beliau dilihat agak tua untuk menerajui PAS namun namanya dipilih atas kapasitinya sebagai ahli paling senior dalam PAS.
Persoalannya, mampukah beliau mengenal pasti "penyakit" yang menjangkiti PAS selama ini? Sebelum ini, Allahyarham Datuk Haron Din pernah berkata, beliau dapat merasakan, ada pihak yang cuba menjahanamkan perjuangan PAS dari dalam dan beliau bersama-sama Majlis Syura, sentiasa memantau sebarang pergerakan yang mungkin akan merosakkan PAS dari dalam.
Melalui ketegasan Allahyarham, akhirnya, beberapa pihak yang jelas tidak dapat menerima kepimpinan ulama dalam PAS akhirnya bertindak keluar dari parti dan sekaligus menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihat lebih menjadi hamba suruhan DAP dari berdiri atas kaki sendiri.
Namun, PAS masih belum pulih sepenuhnya dari pengaruh perosak dan Anwarinas. Walaupun individu berkenaan sudah dikenal pasti oleh Allahyarham, namun usahanya tertangguh setelah menyahut panggilan Ilahi.
Kini, harapan disandarkan kepada Tuan Haji Hashim Jasin untuk membenteras penularan "wabak" Anwarinas dalam PAS. Penting untuk difahami, pengaruh Anwarinas inilah yang telah menyebabkan PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman paling serius sejak lebih 3 dekad yang lalu.
Beliau harus melihat semula, apa yang telah diusahakan oleh Allahyarham Datuk Haron Din dan meneruskan kesinambungan usaha beliau dalam membersihkan PAS dan menikkan semula imej parti berkenaan. Tugas ini nyata bukan satu tugas mudah, namun, jika dinilai dari penglibatannya dalam PAS, kemungkinan besar, beliau mampu menunaikannya.
0 comments:
Post a Comment