My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 12 October 2016

    Datin Seri Didakwa Kerana Harta




    Seorang janda bergelar Datin Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini semalam atas pertuduhan gagal mematuhi notis berkaitan pengubahan wang haram pada tahun lalu. 

    Tertuduh, Datin Seri Sua Lai Kim, 41, yang kematian suami akibat dibunuh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

    Mengikut pertuduhan, Lai Kim didakwa gagal mematuhi satu notis bertulis oleh pendakwa raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    Notis itu mengkehendaki tertuduh memberikan pernyataan bertulis dan bersumpah atau berikrar berkenaan harta-harta yang diperoleh tertuduh antara 1 Januari 2010 hingga 30 April 2015. 

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan, Tingkat 14, No. 45 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 19 Jun hingga 1 September 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datin Seri Didakwa Kerana Harta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top