Bagi pasangan suami isteri, detik diberitahu bakal mendapat cahaya mata merupakan antara detik paling manis dalam kehidupan berumah tangga. Bagi mereka yang begitu mengidamkan kehadiran orang baru, mereka tidak lagi memperdulikan anak yang dikandung itu lelaki ataupun perempuan.
Namun begitu, bagi mereka yang lebih mengutamakan anak dari jantina lelaki, berita mengandungkan anak perempuan merupakan satu berita buruk buat sesuatu keluarga, terutamanya di India. Ini kerana, menurut kepercayaan masyarakat di India, mengandungkan anak perempuan akan membawa lebih banyak kesusahan berbanding anak lelaki.
Inilah yang berlaku terhadap seorang wanita hamil yang telah dicurahkan asid pada perutnya oleh ibu mentuanya sendiri dalam usaha membunuh bayi dikandungnya selepas ramalan tukang tilik mengatakan, dia mengandungkan anak perempuan.
Gambar Hiasan |
Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, S Girija, 27, dari Nellore, timur India, rebah selepas ibu mentua dan kakak iparnya mencurahkan asid pada kandungannya susulan tukang tilik mendakwa bayi keduanya itu juga perempuan. Girija sudah mempunyai anak perempuan berusia 18 bulan hasil perkahwinan dengan suaminya pada Ogos 2014.
Menceritakan kejadian itu, Girija berkata, ibu mentuanya sering memarahinya dan masih mendesaknya supaya membayar wang hantaran. Beberapa hari sebelum kejadian ibu mentuanya memanggil seorang tukang tilik datang ke rumah. ianya dilakukan bagi menilik jantina sebenar anak yang dikandung olehnya.
Sebaik diberitahu anak keduanya ini juga perempuan, ibu mentua mula memukul Girija dan memaksanya menggugurkan kandungan. Walaupun suaminya berulang kali cuba melindunginya dan meminta ibunya mendiamkan isu berkenaan. namun sebaliknya pula berlaku.
Ibu mentuanya membuat laporan polis terhadap mangsa dan suami yang mendakwa mereka memukulnya kerana berebut harta. Menurut mangsa, ibu mentua dan kakak iparnya mengambil kesempatan menyerangnya ketika suaminya keluar, namun dia sempat menyelamatkan diri dan lari dari rumah itu.
Polis mengesahkan ibu mentua mangsa melarikan diri, sementara suami dan bapa mentuanya yang tidak dinamakan dalam laporan ditangkap atas cubaan membunuh. Sementara itu, pasukan perubatan berkata, Girija mengalami luka terbakar teruk lebih 30 peratus pada badannya manakala anak yang dikandungnya disahkan selamat.
0 comments:
Post a Comment