Penginap sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut dekat sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki dipercayai warga asing di pulau peranginan tersebut kelmarin.
Mayat yang mempunyai tatu bertulis I Love U pada lengan tangan kanan dijumpai terapung di kawasan pantai berhampiran Shari-La Resort dalam keadaan tidak berpakaian pada pukul 4.39 petang.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rawi berkata, mayat tersebut ditemui seorang penginap resort berkenaan yang sedang beriadah di kawasan pantai berhampiran sebelum memaklumkannya kepada anggota polis bertugas di Pondok Polis Pulau Perhentian.
0 comments:
Post a Comment