My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 9 October 2016

    Rakyat Jepun Mati Kerana Kerja




    Satu daripada lima pekerja di Jepun berdepan risiko kematian disebabkan bekerja secara berlebihan, menurut kaji selidik terbaharu oleh kerajaan negara itu. Ratusan kematian yang berpunca daripada bekerja terlalu kuat itu termasuk angin ahmar, serangan jantung dan bunuh diri yang dilaporkan berlaku setiap tahun di Jepun. 

    Selain itu, beberapa masalah kesihatan serius akibat corak be­kerja seperti itu turut dilaporkan dan mengundang gesaan serta tindakan undang-undang untuk mengatasi masalah terbabit. Kaji selidik kerajaan itu merupakan sebahagian daripada kertas laporan ‘karoshi’ atau mati akibat kerja kuat yang disokong Kabinet Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Jumaat lalu.

    Kebanyakan pekerja di Jepun masih menghabiskan banyak masa untuk bekerja di pejabat berbanding tenaga kerja di negara-negara maju. Menurut kaji selidik tersebut, sebanyak 22.7 peratus syarikat yang ditinjau antara bulan Di­sember 2015 dan Januari 2016 menunjukkan sebahagian pekerja mencatat masa kerja tambahan lebih 80 jam sebulan.

    Laporan itu juga mendedahkan kira-kira 21.3 peratus pekerja yang bekerja pada purata 49 jam atau lebih seminggu, iaitu lebih 16.4 peratus berbanding Amerika Syarikat, Britain (12.5 peratus) dan Perancis (10.4 peratus).

    Kaji selidik itu juga merumuskan, pekerja Jepun mengadu mengalami tekanan tinggi akibat kerja dan menggesa pihak berkuasa untuk mengarahkan syarikat membaiki persekitaran kerja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Jepun Mati Kerana Kerja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top