Bagi mengimbau kegemilangan Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini, TV3 tampil dengan program realiti terbaru 3 Juara yang mula bersiaran Ahad ini. Program ini menampilkan tiga penerbit dari genre muzik berbeza iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah bagi kategori irama Malaysia, Ajai (balada) dan Edrie Hashim (rock).

"Tiga kategori ini dipilih berdasarkan populariti genre muzik itu dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya tunjuk ajar tiga penerbit ini, kami yakin program ini mampu melahirkan pelapis berkualiti.
"Setiap minggu menyaksikan peserta dari setiap kategori bertanding sesama mereka. Peserta yang mendapat markah terendah daripada undian penonton dan juri tetap akan tersingkir," katanya.

3 Juara turut dimeriahkan dengan gandingan tiga pengacara terdiri daripada Mira Filzah, Ammar dan Issey Titan. Lagu tema bagi program ini dinyanyikan Dayang Nurfaizah berjudul Ciptaan Yang Teramat Indah.
0 comments:
Post a Comment