My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 12 October 2016

    MAS Catat Tempahan Positif


    Malaysia Airlines Bhd (MAB) tidak berhasrat untuk mendapatkan dana tambahan daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bagi meningkatkan prestasi syarikatnya memandangkan tempahan tiket yang memberangsangkan antara November tahun ini hingga Mac 2017.

    Malah, syarikat penerbangan itu yang kini dalam proses pelan pemulihan akan terus melaksanakan pelbagai strategi perniagaan dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Khazanah sebelum ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew berkata, tempahan tiket penerbangan juga positif pada November dan Disember ini dan menjangkakan ia terus kukuh dengan kehadiran lebih ramai pelancong dari luar ke Malaysia antara Januari hingga Mac tahun depan.

    Beliau berkata, ketika ini Malaysia Airlines mencapai 73 peratus kapasiti penumpang dan menyasarkan 80 peratus dalam tempoh 18 bulan akan datang. Malah pihaknya akan meningkatkan lagi aktiviti pemasaran di pasaran penting di Asia Tenggara.

    “Pasaran China turut memainkan peranan penting kerana dari segi setiap tempat duduk sekilometer (ASK) secara purata ketika ini, lima hingga enam peratus dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 18 bulan akan datang.

    “Syarikat juga bercadang meningkatkan jumlah penerbangan ke China dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ketika ini, Malaysia Airlines memohon slot meningkatkan penerbangan ke Shanghai serta Beijing,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama MAB dan Kelab Bola Sepak Liverpool di sini, semalam.

    Pada majlis itu, MAB menaja dan menjadi rakan rasmi penerbangan global bagi Liverpool untuk tempoh tiga tahun yang bakal memberi manfaat untuk aktiviti pemasaran globalnya. Menerusi kerjasama itu, jenama MAB akan dipaparkan antaranya pada papan statik dan LED di Stadium Anfield ketika perlawanan kelab bola sepak Eropah itu berlangsung selain cenderamata.

    Bellew berkata, dengan rekod kemenangan Liverpool sebanyak lapan kali piala liga dan mempunyai salah satu kelab penyokong terbesar dunia membolehkan Malaysia Airlines mengembangkan jenamanya kepada lebih satu bilion penonton. “Liverpool FC adalah salah satu kelab terbesar bola sepak global dengan mempunyai 100 juta penyokong di Asia Tenggara dan 40 juta di China. 

    “Kerjasama ini memberi peluang meningkatkan nama Malaysia sebagai lokasi pelancongan kepada masyarakat dunia,” katanya. Sempena kerjasama itu, Malaysia Airlines menawarkan harga promosi tiket penerbangan dua hala bermula RM2,499 dari Kuala Lumpur ke London bagi kelas ekonomi.

    Jualan tiket promosi penerbangan berkenaan bermula hari ini hingga 17 Oktober 2015 bagi penerbangan dari 13 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MAS Catat Tempahan Positif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top