Perut buaya jantan yang dibelah selepas ditangkap di Sungai Samarahan berdekatan Kampung Pinang, di sini, pagi kelmarin mengandungi tulang dan rambut yang belum dapat dipastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.
Sang bedal seberat 600 kilogram dan sepanjang 4.4 meter itu ditangkap petugas Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kira-kira jam 10 pagi ketika operasi pemburuan haiwan itu diteruskan.

“Namun masih belum dapat dipastikan sama ada tulang dan rambut itu milik manusia atau haiwan, justeru SFC perlu menyerahkannya kepada forensik untuk diuji di makmal bagi mendapatkan kesahihan statusnya.
“Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar yang digerakkan SFC menggunakan peralatan menangkap buaya yang menggunakan 13 cangkuk dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki dipercayai dibaham buaya dengan sebahagian daripada tubuh seorang mangsa ditemui manakala seorang lagi gagal dikesan sehingga kini.
0 comments:
Post a Comment