Tawaran jualan murah jenama terkenal. Itu antara taktik promosi digunakan tiga premis dikesan menjual kasut dan selipar tiruan. Ketiga-tiga premis di pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, dikesan menawarkan harga runtuh untuk memperdayakan pelanggan terutama pelancong asing.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, sembilan anggota termasuk pegawai penguat kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaan selepas risikan selama seminggu dijalankan.
“Susulan serbuan mengejut itu, pihak KPDNKK merampas pelbagai kasut dan selipar tiruan berjenama terkenal antaranya Gucci, Louis Vuitton, Nike, New Balance dan Converse,” katanya.
0 comments:
Post a Comment