My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 3 May 2017

    Operasi Khas Tangkap Ketua-Ketua Kongsi Gelap



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan satu operasi khas bagi menangkap ketua-ketua kumpulan kongsi gelap di seluruh negara dalam masa terdekat. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk menangani masalah gengsterisme itu telah mengenal pasti ketua-ketua kumpulan tersebut. 

    “Polis yakin selepas tertangkap­nya ketua-ketua kongsi gelap itu, kegiatan gengsterisme di dalam negara dapat dihapuskan secara drastik.

    "Menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini, kita pasti dapat menjatuhkan ke­giatan kongsi gelap dan mendakwa mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aktiviti gengsterisme yang dilaporkan menular dalam kalangan pelajar sekolah selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Operasi Khas Tangkap Ketua-Ketua Kongsi Gelap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top