Suspek berusia 27 tahun dari Indonesia itu ditahan sepasukan anggota polis di kawasan ladang berkenaan pada pukul 8 pagi iaitu kira-kira lapan jam selepas kejadian yang berlaku dipercayai pukul 12.30 pagi.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu segera memburu suspek selepas dia didapati masih lagi berada di kawasan ladang berkenaan. “Dalam kejadian itu, isteri suspek yang berusia 24 tahun dan merupakan warga Indonesia itu ditemui mati dengan kesan tikaman pada dada menggunakan objek tajam dipercayai badik.
“Hasil rakaman keterangan daripada saksi, mereka didakwa bertengkar selepas suspek cemburu melihat isterinya bersama seorang lelaki lain sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
0 comments:
Post a Comment