My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 3 July 2017

    Belansungkawa : Perginya Insan Prihatin Kepada Anak Yatim



    BEKAS Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Allahyarham Datuk Daud Abdullah Rahman disifatkan seorang yang prihatin dengan hal ehwal Islam dan kebajikan anak yatim sepanjang kariernya dalam politik. 

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allahyarham juga mementingkan pendidikan Islam ketika dalam tampuk pentadbiran kerajaan Sarawak. Menurut beliau, hubungannya dengan Allahyarham rapat ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam.

    "Kami rapat ketika saya ditugaskan menjaga hal ehwal Islam sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beliau (Allahyarham Daud) mewakili Sarawak," katanya ringkas selepas menziarahi jenazah Allahyarham Daud di kediamannya di Larut Skim Jalan Matang Jaya, Matang, Kuching, malam tadi.

    Ahmad Zahid meluangkan masa 30 minit menziarahi jenazah dan turut bertemu balu dan anak Allahyarham. Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg. 

    Allahyarham Daud, 66, meninggal dunia kerana sakit jantung di sebuah hospital swasta di Kuching pada 4.30 petang, hari ini. Jenazahnya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita, Petra Jaya, pagi ini.

    Sementara itu, Abang Johari berkata, banyak sumbangan diberikan Allahyarham sepanjang memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong dan Menteri Muda dalam pentadbiran kerajaan Sarawak. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belansungkawa : Perginya Insan Prihatin Kepada Anak Yatim Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top