My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 3 July 2017

    Sabah Tingkat Pemantauan



    Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Sabah diarah meningkatkan pemantauan dan mengambil langkah segera menghalang kemasukan haiwan hidup khususnya anjing dan kucing ke negeri ini. 

    Ia susulan laporan tiga kes jangkitan penyakit anjing gila atau rabies terhadap manusia di Serian, Sarawak yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin berkata, berikutan itu, semua lesen mengimport anjing, kucing dan haiwan hidup lain dari Sarawak dan mana-mana lokasi terjejas dibatalkan serta-merta.

    “Justeru, semua haiwan hidup dari Sarawak, khususnya anjing dan kucing tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri ini,” katanya. Semua pintu masuk sudah dimaklumkan supaya meningkatkan pemantauan veteriner,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

    Sehubungan itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, menggesa supaya Jabatan Kesihatan bekerjasama dengan JPHPT untuk melaporkan semua kes berkaitan gigitan anjing terhadap manusia. “Orang ramai khususnya yang tinggal berhampiran sempadan Sabah dan Sarawak juga perlu melaporkan kepada JPHPT jika mereka ternampak anjing berkelakuan mencurigakan. 

    “Setakat ini Sabah masih bebas daripada ancaman penyakit anjing gila,” katanya. Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham mengesahkan tiga kanak-kanak di Serian, Sarawak masing-masing berumur empat, enam dan tujuh tahun dijangkiti penyakit berkenaan selepas digigit anjing.

    Katanya, ketiga-tiga kanak-kanak itu yang mengalami demam masing-masing sejak 5 Jun, 12 Jun dan 23 Jun lalu menerima rawatan pesakit luar, namun keadaan mereka menjadi semakin teruk termasuk berubah tingkah laku dan bersikap agresif.

    Berikutan itu, katanya kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Serian sebelum dihantar ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di Kuching dan masih dirawat hingga semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sabah Tingkat Pemantauan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top