My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 3 July 2017

    Rakyat Malaysia Seludup Emas



    Tindakan 10 orang rakyat Malaysia yang berani menyeludup masuk 100 kilogram (kg) jongkong emas bernilai 500 juta yen (RM19.1 juta) tanpa mengisytiharkan­nya kepada pihak kastam Jepun akhirnya memakan diri apabila mereka ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka April lalu. 

    Menurut salah seorang pegawai kastam Jepun, kejadian berkenaan disahkan sebagai satu lagi cubaan menyeludup emas ke negara Matahari Terbit itu selepas hasil siasatan menunjukkan tidak ada sebarang pengisytiharan dibuat oleh mana-mana penumpang dalam penerbangan berkenaan.

    “Tiada seorang pun dari­pada mereka mengikut pro­sedur pengisytiharan kastam sekali gus telah melanggar undang-undang cukai kastam dan kepenggunaan.

    “Emas bernilai 500 juta yen RM19.1 juta dalam pasaran domestik itu dijumpai di bawah longgokan pakaian 10 rakyat Malaysia. Ia disita serta-merta,” katanya kepada portal berita Japan Today semalam.

    Terdahulu, Japan Today melaporkan pihak berkuasa tempatan telah merampas jongkong emas bernilai 500 juta yen pada April lalu daripada 10 individu yang menaiki pe­nerbangan dari Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Malaysia Seludup Emas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top