My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 November 2017

    Video : Rupanya Monyet Ini Yang Curi Minyak Motosikal!



    SEKUMPULAN pemilik motosikal di Panipat, utara India, yang memasang perangkap bagi melihat siapa yang mencuri minyak motosikal mereka, terkejut apabila mendapati pencuri terbabit ialah monyet yang ketagih petrol. 

    Dalam kejadian Isnin lalu, pemilik motosikal terbabit meninggalkan motosikal tanpa dijaga dan menyorok agak jauh, sehingga nampak seekor monyet datang. Monyet berkenaan melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan menyedut petrol seperti minum air.

    Menurut UPI, Gaurav Leekha dari pertubuhan sukarela di bandar itu berkata, monyet berkenaan minum petrol dengan banyak sehingga ‘lalok’ dan enggan mengambil pisang yang diberi.

    “Monyet itu jelas ketagih petrol. Ia enggan makan pisang dan kacang yang diberi orang ramai,” katanya.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Rupanya Monyet Ini Yang Curi Minyak Motosikal! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top