My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 November 2017

    Pekerja Kilang Rogol Pelajar Didakwa



    Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan samun bersenjata ke atas seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), minggu lalu. 

    Tertuduh, Amirul Faizal Amiruddin, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

    Bagi pertuduhan pertama, Amirul didakwa telah merogol seorang pelajar IPTA berusia 22 tahun serta meletakkan mangsa dalam ketakutan di sebuah kawasan di sini antara pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, 1 November lalu.

    Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pekerja Kilang Rogol Pelajar Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top