My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 November 2017

    Lelaki Maut, Kenderaan Dipandunya Rempuh Pokok



    Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di bahu Jalan Bandar Baru MJC di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa, Lew Yu Song, 53, (gambar kecil) disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badannya. 

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Safari dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar raya ini menuju ke Jalan Stapok di sini.

    Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan berkenaan. 

    "Impak rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan mukanya. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Bingkok menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Maut, Kenderaan Dipandunya Rempuh Pokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top