My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 May 2016

    Perlukah Kita Panik Apabila Indonesia Tidak Membekal Pembantu Rumah Lagi?



    Jika melihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Indonesia, mereka tegas mengeluarkan arahan untuk mengurangkan pembekalan pembantu rumah dari Indonesia secara berperingkat-peringkat, sebelum ianya ditamatkan sepenuhnya menjelang tahun 2017.

    Ironinya, bagi kebanyakan keluarga yang mampu dan berpendapatan tinggi, berita ini dilihat sebagai satu mimpi ngeri bagi mereka. Ini kerana, sepanjang mereka menjalani kehidupan bekerjaya, pastinya mereka bergantung harap kepada pembantu rumah warga Indonesia dalam menguruskan hal rumah, memasak, membasuh mahupun mengasuh anak-anak mereka.

    Justeru itu, pengumuman dari pihak berkuasa Indonesia ini pastinya memberi tamparan hebat kepada golongan seperti ini. Namun begitu, adakah ini sebagai penamat atau satu perubahan?

    Jika dilihat kepada saranan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, inilah peluang bagi warga tempatan mengisi ruang yang ditinggalkan oleh warga Indonesia. Namun begitu, berapa ramai yang sanggup untuk mengisi ruang pekerjaan sebagai pembantu rumah seperti ini?

    Malah, ada cadangan, ruang yang ditinggalkan oleh pembantu rumah warga Indonesia ini diisi oleh warga dari Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos. Bagi pandangan penulis, cadangan seumpama ini cukup mengarut atas beberapa dasar. Paling utama, perbezaan budaya dan bahasa yang cukup ketara antara keempat-empat negara ini dengan rakyat Malaysia.

    Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerajaan negeri Terengganu sudah lama memperkenalkan program pekerjaan pembantu rumah kepada kaum hawa di negeri ini. Di bawah program Terengganu Transformasi Baru (TTB) ini, golongan ibu tunggal dan mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah, dilatih dengan kemahiran yang sesuai dengan kehendak semasa.

    Malah, mereka juga mempunyai kadar masa perkhidmatan mereka sendiri dengan kadar upah yang berpatutan. Ini adalah salah satu contoh bagaimana sebuah kerajaan negeri mempraktikkan sesuatu yang diluar kotak pemikiran bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh warga Indonesia nanti.

    Apa yang penting hari ini, keterbenggantungan kita kepada warga Indonesia dalam sektor pembantu rumah harus kita kikis perlahan-lahan sebelum ianya dilenyapkan sepenuhnya tahun hadapan. Kita harus berdikari dan mencari alternatif yang kita fikirkan sesuai untuk diserapkan kedalam rumah kita sendiri.

    Memang pada peringkat awalnya agak sukar, namun jika hanya tahu untuk merungut tanpa melakukan sesuatu, keadaan pastinya akan bertambah sukar dan akhirnya, kita akan terkesan dengan ketiadaan pembantu rumah, orang yang selama ini diharapkan untuk menguruskan rumah tangga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perlukah Kita Panik Apabila Indonesia Tidak Membekal Pembantu Rumah Lagi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top