My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 May 2016

    Fitrahsya Justin Dinobat Kumang Gawai Dayak Sibu



    Fitrahsya Justin dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2016 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin. Naib johan disandang Michelle Thomas Magal dan tempat ketiga dimenangi Presca Debbie Thomas. 

    Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Prestasha Rassel dan Olivia Landuk. Kejelitaan Fitrahsya dalam sentuhan gambarnya telah menarik juri apabila dinobatkan selaku Miss Photogenic Kumang Gawai Dayak Sibu 2016.

    Kumang Gawai Dayak Sibu 2016 kali ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500, mahkota, selempang, piala, telefon bimbit, hamper dan kupon kelas zumba. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,200 dan RM1,000 berserta selempang, piala dan hamper. 

    Hadiah RM500 dan RM250 dimenangi peserta di tempat keempat dan kelima. Tempat keenam hingga ke-10 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200 setiap seorang sebagai hadiah sagu hati. Miss Photogenic pula menerima hadiah berupa wang tunai, satu unit telefon bimbit, gambar dan hamper.

    Sementara itu, bagi pertandingan Keling Gawai Sibu 2016 menyaksikan Fabian William telah dipilih untuk menerima gelaran tersebut. Naib johan disandang oleh Zaidi Adros dan tempat ketiga Alberth Lejo Joe. 

    Tempat keempat hingga kelima masing-masing jatuh kepada Albert Suma dan Fredy Jabu. Ketampanan Fredy Jabu sekali lagi menarik juri untuk memilihnya sebagai Mr Photogenic Keling Gawai Sibu 2016. Keling Gawai Dayak Sibu 2016 pada kali ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500 berserta piala, telefon bimbit, hamper dan kupon kelas zumba.

    Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM1,200 dan RM1,000 berserta piala dan hamper. Tempat keempat dan kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250 sementara hadiah sagu hati sebanyak RM200 akan diberikan kepada peserta tempat keenam hingga ke-10.

    Mr Photogenic pula menerima hadiah berupa wang tunai, satu unit telefon bimbit dan hamper. Pertandingan Keling dan Kumang Gawai Dayak Sibu 2016 ini diadakan sempena Majlis Makan Malam Gawai Dayak Sibu 2016 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, SDNU Rajang dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Agung SDNU Dato Alice Jawan selaku tetamu kehormat majlis dan Temenggung Stanley Gramong Bandar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fitrahsya Justin Dinobat Kumang Gawai Dayak Sibu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top