My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 May 2016

    Bomoh OKU Cabul Dua Gadis Dijel, Sebat


    Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang mengaku diri­nya bomoh, dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan lima sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencabul dua gadis awal bulan lalu. 

    Majistret Azem Fatihi Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Che Mohd. Shamsul Che Ab. Rahman, 36, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Che Mohd. Shamsul didakwa mencubit pangkal paha kiri dan kanan serta kemaluan seorang gadis berusia 18 tahun walaupun mengetahui perbuatan itu mencabul kehormatan mangsa.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangsal di Kampung Kemudi di sini antara pukul 6.30 petang hingga pukul 8.30 malam pada 2 Mei lalu. Bagi pertuduhan kedua, Che Mohd. Shamsul turut didakwa mencubit kemaluan serta buah dada seorang lagi mangsa yang juga berusia 18 tahun dengan mengetahui perbuatan itu telah mencabul kehormatan mangsa.

    Tertuduh yang masih bujang itu didakwa melakukan kesalahan kedua itu di belakang dan di dalam sebuah rumah di Jelawat di sini antara pukul 8.30 malam 2 Mei lalu hingga pukul 5 pagi, 3 Mei lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bomoh OKU Cabul Dua Gadis Dijel, Sebat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top