My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 May 2016

    Sasar Pendapatan Isi Rumah Luar Bandar Meningkat RM4,000 Sebulan Menjelang 2020




    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yakin sasaran peningkatan pendapatan isi rumah luar bandar kepada RM4,000 sebulan dapat dicapai menjelang tahun 2020. Keyakinan tersebut dinyatakan oleh Uggah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar di Bangunan Masja di sini, semalam. 

    Menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, setakat ini 17.9 peratus daripada isi rumah luar bandar berpendapatan antara RM3,000 hingga RM3,999 sebulan. Manakala 21.7 peratus dan 33.1 peratus lagi masing-masing berpendapatan antara RM2,000 hingga RM2,999 sebulan dan RM1,999 sebulan dan ke bawah.

    “Sasaran kita adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar kepada RM4,000 sebulan dan daripada angka itu ia adalah satu tugas yang mencabar bagi kami di kementerian ini. Tetapi, saya yakin sasaran ini dapat dicapai jika kita semua memainkan peranan masing-masing dengan berkesan,” katanya.

    Turut hadir pada mesyuarat diikuti dengan sidang media itu semalam, Menteri Muda Pertanian Malcolm Mussen Lamoh, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pesisir) dan Perikanan Datuk Julaihi Narawi.

    Tambah Uggah, selesai mesyuarat itu semalam, kementeriannya akan mula turun padang meninjau projek serta permasalahan yang melibatkan bidang pertanian serta bidang berkaitan.

    “Seperti yang diarahkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menteri serta menteri muda perlu menghantar laporan kerja setiap enam bulan sekali.

    “Jadi, selesai sahaja mesyuarat dan taklimat hari ini, kita dalam kementerian ini akan mula bekerja turun padang meninjau projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan,” katanya.

    Dalam pada itu, mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Uggah semalam, usaha akan ditumpukan untuk meningkatkan pengeluaran padi daripada 53 peratus kepada 60 peratus dan pengeluaran daging lembu dan kambing daripada 10 peratus kepada 15 peratus menjelang tahun 2020.

    Dua projek padi utama ialah Jelapang Padi Batang Lupar meliputi kawasan seluas 5,100 hektar di bahagian Sri Aman dan Projek Padi Bario meliputi kawasan seluas 285 hektar di bahagian Miri. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), dua projek ialah Tanjung Purun Padi di Lundu dan Sungai Tunoh di Kapit dengan keluasan masing-masing 160 hektar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sasar Pendapatan Isi Rumah Luar Bandar Meningkat RM4,000 Sebulan Menjelang 2020 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top