My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 May 2016

    Senarai Lengkap Gabenor Bank Negara Malaysia Sejak 1959



    Bagi sesebuah negara, jawatan Gabenor Bank Negara dilihat cukup penting dalam mengawal selia kedudukan matawang negara di peringkat global. Perkara ini tidak terkecuali dengan Malaysia dimana institusi kewangan negara banyak di pusatkan ke Bank Negara Malaysia.

    Sejak jawatan Gabenor Bank Negara ini di perkenalkan, seramai 8 orang pernah menyandang jawatan ini sejak dari tahun 1959. Berikut merupakan senarai penuh kesemua gabenor-gabenor Bank Negara yang pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia.

    1. Tan Sri W. H Wilcock

    Gabenor Bank Negara yang berasal dari Australia ini merupakan Gabenor Bank Negara yang pertama bertugas di Malaysia. Memulakan tugas pada Januari 1959, beliau mengakhiri tugasnya pada Julai 1962, setelah 3 tahun memberikan khidmad kepada kerajaan menerusi Bank Negara.

    Beliau datang ke Malaysia sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1958. Selain daripada menjawat jawatan selaku Gabenor Bank Negara, beliau juga Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Pusat Malaya.

    Uniknya, beliau tidak pernah menandatangani mana-mana wang kertas keluaran Bank Negara Malaysiadengan alsan ingin melihat wang kertas Malaysia ditandatangi  oleh anak kelahiran Malaya sendiri.

    2. Tun Ismail Mohamed Ali

    Setelah Tan Sri W. H Wilcock meninggalkan jawatan ini bagi memberi peluang kepada anak tempatan dilantik unduk menjadi Gabenor Bank Negara, Nama Tun Ismail dipilih berikutan latar belakang pendidikan dalam bidang ekonomi miliknya, jauh lebih baik baik berbanding rakan sejawatnya yang lain.

    Beliau dilantik selaku Gabenor Bank Negara pertama dari kalangan anak tempatan pada Julai 1962, sehari selepas Wilcock melepaskan jawatannya selaku Gabenor. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang gabenor Bank Negara paling lama berkhidmat, iaitu selama 18 tahun. Beliau melepaskan jawatannya selaku Gabenor Bank Negara pada Julai 1980.

    3. Tan Sri Abdul Aziz Taha

    Beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang ketiga tiga hari setelah Tun Ismail Mohamed Ali melepaskan jawatannya. Dilantik pada Julai 1980, beliau memegang tampuk Gabenor Bank Negara selama lima tahun sebelum melepaskan jawatannya pada Jun 1985.

    Beliau juga adalah Gabenor Bank Negara yang bertanggungjawab membawa perubahan kepada rupa bentuk wang kertas yang digunakan oleh negara pada ketika itu.

    Selaku Gabenor Bank Negara, antara cabaran terhebat yang beliau hadapi adalah permulaan zaman kemelesetan ekonomi global dengan kadar inflasi di seluruh dunia cukup tinggi. Namun, atas kelebihan beliau selaku pakar ekonomi, beliau mampu membawa kedudukan Ringgit ditahap yang agak kukuh, walaupun seluruh dunia dicengkam kemelesetan ekonomi.

    4. Tan Sri Jaffar Hussein

    Beliau dilantik selaku Gabenor Bank negara ke empat pada Jun 1985 dan mengakhiri tugasnya selaku Gabenor pada Mei 1994 setelah menyumbang khidmat selama sembilan tahun di Bank Negara Malaysia.

    Dikenali sebagai Gabenor pemulihan, beliau lah gabenor yang berada ditengah-tengah kemelesetan ekonomi dunia dimana Malaysia juga tidak terkecuali dalam kemelesetan ini.

    Antara yang paling diingati ialah, rupa bentuk tandatangan beliau pada semua wang kertas negara. Semua orang menyangka, tandatangannya adalah "Ali" walhal, tandatangan berkenaan adalah nama beliau sendiri "Jaffar".

    5. Tan Sri Ahmad Mohd Don

    Antara individu yang menjawat jawatan Gabenor paling singkat yang pernah tercatat dalam sejarah Bank Negara, Tan Sri Ahmad dilantik selaku Gabenor Bank Negara pada Mei 1994. Beliau hanya bertugas selama 4 tahun sahaja dimana beliau melepaskan jawatannya pada Ogos 1998, disaat matawang negara diserang hebat oleh pedagang matawang antarabangsa.

    Sepanjang beliau menjadi Gabenor, beliau adalah individu yang memperkenalkan note matawang RM 2 dan rupa bentuk baru note matawang RM 5. Namun demikian, serangan dari penyangak matawang antarabangsa menyebabkan beliau melepaskan jawatannya lebih awal dari kontraknya selama lima tahun.

    6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman

    Beliau lebih dikenali sebagai "Father or Resurections", beliau mengambil alih jawatan Gabenor Bank Negara dari tangan Tan Sri Ahmad Mohd Don, di tengah-tengah kemuncak kejatuhan matawang dunia akibat permainan spekulator pedagang matawang antarabangsa.

    Beliau dilantik pada September 1998, seminggu setelah Tan Sri Ahmad melepaskan jawatannya. Beliau hanya memegang jawatan ini selama dua tahun sebelum melepaskan jawatannya pada April 2000.

    Apa yang menarik tentang beliau adalah, tandatangan beliau pada note matawang negara. Ramai yang menyangka, tandatangan berkenaan melambangkan tandatangan orang yang bernama "Aishah", namun hakikat sebenarnya, tandatangan pada note matawang berkenaan dalah nama penuh beliau, "Ali Abul Hassan.

    7. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

    Ketika dilantik pada 1 Mei 2000, beliau mendapat kritikan dikalangan pemerhati ekonomi kerana belum pernah tercatat dalam sejarah Bank Negara, seorang Gabenor dilantik dari kaum wanita.  Namun tiada siapa dapat menafikan kekuatannya kerana beliau adalah Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 7 September 1998, disaat negara berhadapan dengan detik genting kegawatan ekonomi.

    Anak kepada Profesor Di Raja Ungku Aziz ini dilihat cukup tenang mengharungi semua kritikan dengan memacu kewangan negara bangkit menjadi antara negara membangun paling pantas dalam era moden dunia.

    Beliau yang berkhidmat pada tiga era Perdana Menteri ini pantas mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih sebagai Tokoh Bank Pusat Terbaik Asia bagi tahun 2003 oleh Emerging Markets, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Euromoney.

    Tidak terhenti setakat itu, beliau juga merupakan Gabenor Bank Pusat pertama dikalangan negara Asia dipilih sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia. Ini adalah pencapaian terhebat beliau sepanjang menerajui Bank Negara Malaysia. Beliau melepaskan jawatannya selaku Gabenor pada 26 April 2016 setelah 16 tahun berkhidmat selaku Gabenor, kedua paling lama selepas Tun Ismail.

    8. Datuk Muhammad Ibrahim

    Beliau adalah Gabenor Bank Negara yang terbaharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti yang telah tamat kontrak. Dilantik pada 1 Mei yang lalu, anak kelahiran Panchang Bedena, Sungai Besar ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak dari tahun 2010.

    Beliau menyertai Bank Negara sejak 1984, semasa Tan Sri Abdul Aziz Taha menjadi Gabenor Bank Negara. Memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard, Ijazah Perakaunan dari Universiti Malaya, Diploma Lepasan Ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa, nyata menunjukkan kelayakan beliau untuk menjawat jawatan penting ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Senarai Lengkap Gabenor Bank Negara Malaysia Sejak 1959 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top