My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 May 2016

    Strategi Azmin Memakan Dirinya Sendiri



    Membicarakan tentang Pilihan Raya Kecil Parlimen P093 Sungai Besar, secara tiba-tiba Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat cuba menjadi jaguh dalam menentukan calon dari parti mana yang layak untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

    Jika mengikut kehendak beliau, beliau hanya ingin memastikan kerusi berkenaan ditandingi oleh calon pilihan beliau sahaja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau sanggup mengenepikan kemahuan dari rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Rakyat yang mahu meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan.

    Malah, beliau juga sanggup mengenepikan saranan DAP dan Presidennya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi laluan kepada PAN untuk bertanding. Lebih teruk, Azmin juga dilihat berusaha memujuk PAS untuk tidak bertanding sehingga sanggup untuk mengugut PAS dengan memecat semua Exco PAS yang ada dalam kerajaan dipimpinnya hari ini.

    Dalam satu reaksi balas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas berang dengan cara politik Azmin yang sanggup mengugut untuk memecat Exco PAS dalam kerajaan Selangor hanya semata-mata mahu memastikan PKR menjadi calon tunggal dalam pilihan raya kecil berkenaan.

    Datuk Seri Abdul Hadi dilaporkan berkata, tindakan Azmin berkenaan jelas tidak menunjukkan kematangan beliau dalam berpolitik dan nyata, Azmin lupa kepada jasa PAS yang meletakkan beliau di jawatan yang beliau sandang hari ini. Justeru itu, Datuk Seri Abdul Hadi menggesa, semua Exco PAS terus bekerja di dalam kerajaan negeri Selangor dan tidak memperdulikan apa sahaja kerenah Azmin.

    Untuk rekod, semasa pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor, kira-kira dua tahun lalu, PAS dilihat antara parti yang begitu kosisten menyokong pencalonan Azmin untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ini tidak disenangi DAP yang melihat, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon yang mereka harapkan untuk menyandang jawatan berkenaan.

    Nyata sekali, tindak tanduk Azmin yang disifatkan ramai pihak sebagai terlalu rakus untuk meletakakn calon pilihannya, telah memakan dirinya sendiri. Sebelum ini, Azmin beriya-iya memujuk PAS untuk bekerjasama dengannya untuk embentuk satu pakatan pembangkang yang kuat menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

    Namun kini, hanya disebabkan satu kerusi Parlimen, beliau telah "membakar" jambatan yang menghubungkannya dengan PAS dan tidak mustahil, PAS juga akan memulaukan Azmin, sama seperti apa yang dilakukan oleh mereka terhadap PAN. Kali ini, Azmin benar-benar terperangkap dalam permainan yang beliau sendiri cipta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Strategi Azmin Memakan Dirinya Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top