My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 May 2016

    Malaysia Ke Suku Akhir Piala Thomas




    SKUAD badminton kebangsaan melepasi halangan awal sejurus berjaya mengesahkan slot suku akhir Piala Thomas 2016 yang sedang berlangsung di China selepas menundukkan Jerman 5-0 pada saingan peringkat Kumpulan C semalam. 

    Saingan kedua peringkat kumpulan di Kompleks Sukan Kunshan itu menyaksikan Malaysia meraih kutipan mata pertama menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang menang 21-19, 21-15 ke atas Kai Schaefer.

    Gandingan beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus menambah kutipan mata dengan menewaskan Richard Domke-Fabian Holzer 21-12, 21-11 sebelum Iskandar Zulkarnain Zainuddin men­cetak kemenangan mudah 21-7, 21-16 ke atas Lars Schaenzler.

    Beregu berpengalaman, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula menebus kekecewaan kelmarin apabila menewaskan Mark Lamsfuss-Josche Zurwonne 21-15, 21-10 dan diikuti Chong Wei Feng yang melengkapkan kemenangan selepas menundukkan David Peng 21-9, 21-18.

    Iskandar yang me­lakukan penampilan sulung pada edisi kali ini nyata gembira dengan kutipan mata tersebut memandangkan dia tidak beraksi ketika aksi menentang England kelmarin.

    “Cukup gembira untuk beraksi kerana ini kejohanan Piala Thomas yang pertama dalam karier saya. Sememangnya saya sudah bersedia untuk perlawanan hari ini (semalam) tapi masih perlu baiki beberapa kesilapan mudah.

    “Saya tidak kecewa walaupun tidak beraksi semalam (kelmarin) kerana ia memberi ruang kepada saya untuk lebih bersedia. Selain itu, saya juga boleh meninjau keadaan gelanggang dan saya berjaya menyesuaikan diri,” ujar pemain No. 36 dunia itu ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

    Hari ini, Malaysia dijadualkan menentang Korea Selatan dalam aksi penentuan juara peringkat kumpulan. Sehubungan itu, Iskandar me­ngakui bersedia untuk memerah segala keringat sekiranya dijadualkan menentang Lee Dong Keun pada aksi yang dijangka getir tersebut.

    “Saya sudah bersedia kalau Dong Keun merupakan lawan saya pada perlawanan esok (hari ini). Pada pertemuan terakhir, saya tewas kepada Dong Keun tetapi ini (Piala Thomas) adalah kejohanan berpasukan, apa-apa sahaja boleh terjadi.

    “Kami sedar perlawanan itu pasti sukar dan kami akan bekerja keras bagi memastikan status juara kumpulan menjadi milik Malaysia kerana itulah sasaran kami,” ujar Iskandar.

    Skuad negara memasang impian untuk menamatkan penantian selama 24 tahun untuk menjulang Piala Thomas selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1992 di Kuala Lumpur. Sebagai rekod, Malaysia pernah menjulang trofi berprestij itu seba­nyak lima kali iaitu pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Ke Suku Akhir Piala Thomas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top