My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 May 2016

    Sejak Bila Masa Depan Seseorang PM Di Tentukan Oleh Deklarasi?



    Sejak melancarkan Deklarasi Rakyat pada awal Mac lalu, tidak kira Tun Dr Mahathir, kuncu-kuncunya dan barisan parti pembangkang begitu sibuk memukul canang kononnya dengan mengumpul 1 juta tandatangan, Datuk Seri Mohd Najib akan berundur dari jawatannya selaku Perdana Menteri.

    Tidak kira menerusi online mahupun kempen dan ceramah yang mereka adakan, pastinya akan diwar-warkan para hadirin untuk menandatangani deklarasi berkenaan. Lebih melucukan, ada yang mendakwa Datuk Seri Mohd Najib ada membuat perjanjian dengan Tun M, andai berjaya mengumpul 1 juta tandatangan, beliau akan berundur dari jawatannya.

    Cukup menghairankan, sejak bila amalan demokrasi berpalimen ini membolehkan penukaran seseorang Perdana Menteri hanya dengan sekeping kertas deklarasi? Mengikut perundangan, seseorang Perdana Menteri boleh di lucutkan jawatan andai beliau sendiri memilih untuk meletakkan jawatan.

    Dalam situasi yang lain, seseorang Perdana Menteri boleh digugurkan andai beliau gagal dalam usul undi tidak percaya di Parlimen, hilang kelayakan akibat prosiding mahkamah dan Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya diadakan. Tidak tertulis kenyataan dimana, Perdana Menteri boleh dijatuhkan hanya dengan sekeping kertas deklarasi.

    Pastinya, sebagai bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia, beliau sudah tentu cukup arif tentang perkara ini. Masakan beliau terkhilaf atau dibohongi nafsu sendiri untuk mengetahui bahawa institusi Perdana Menteri bukan mudah dijatuhkan hanya menerusi deklarasi? Ini bukan persatuan mahupun pertubuhan, tetapi sebaliknya ini adalah pentadbiran sebuah negara.

    Belum pernah tercatat dalam mana-mana sejarah manusia moden di dunia ini, sejak amalan demokrasi dicipta, seseorang pemimpin dijatuhkan menerusi deklarasi. Semua pemimpin utama dunia sejak berabad lamanya, mengamalkan demokrasi samada menerusi undi atau pungutan suara.

    Hari ini, dunia semakin moden dan walaupun masih terdapat beberapa negara yang amat mundur seperti Afghanistan, Rwanda, Papua dan sebagainya, kesemua negara ini mengamalkan pengundian, bukan sekeping deklarasi. Malah negara pulau seperti Maldives dan Swaziland sendiri turut mengamalkan pengundian seperti lazimnya.

    Inilah yang mencerminkan samada tindakan berkenaan benar-benar bijak atau tindakan sekadar omongan kosong atau boleh dikategorikan sebagai langkah bodoh dalam mengikut hawa nafsu. Sayang sekali, seorang bekas Perdana Menteri dan Negarawan boleh ditenggelamkan dengan tuntutan nafsu hanya kerana mahu merampas kerusi Perdana Menteri untuk anaknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sejak Bila Masa Depan Seseorang PM Di Tentukan Oleh Deklarasi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top