My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 May 2016

    PKR Kini Milik Siapa?



    Kecelaruan yang menyelubungi Parti Keadilan Rakyat hari ini, sedaya yang mungkin cuba ditutup kemas oleh para pemimpinnya. Malah ada dikalangan ahlinya sendiri juga tidak tahu menahu tentang masalah dalaman parti pembangkang ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

    Menariknya, sebelum pengkhianatan Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan yang ada pada hari ini, ramai pemerhati politik melihat PKR sebagai salah sebuah parti pembangkang yang agak dominan dan mampu menggugat UMNO dan Barisan Nasional di segenap segi. Namun, sejak Tun M berubah menjadi pengkhianat, PKR juga terkena tempiasnya sehingga menyaksikan PKR kini terbahagi kepada dua.

    Di satu pihak, mereka adalah penyokong setia Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan satu pihak lagi adalah puak rebellion dimana mereka lebih memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Timbul persoalan, kemanakah arah tuju PKR? Paling utama, PKR kini bertunjangkan siapa?

    Bagi kem Wan Azizah, beliau masih mendapat sokongan daripada Rafizi Ramli dan beberapa orang lama dalam PKR itu sendiri. Landasan perjuangan mereka kekal sama iaitu memastikan BN tumbang pada setiap pilihan raya dan memastikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

    Bagi kem Azmin pula, dengan sokongan dari mereka yang mahu melihat PKR di rebranded, mereka mahu melihat PKR keluar dari bayang-bayang Anwar dan Wan Azizah. Mereka mahu melihat PKR menjadi sebuah parti politik multi racial yang terbuka, bukan jumud seperti yang diamalkan sebelum ini.

    Ini menjadikan keadaan PKR terbahagi menjadi dua dan lebih diburukkan dengan penglibatan Tun M dalam parti ini. Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa Azmin merupakan anak angkat Tun M sejak dari dahulu. Justeru, adalah tidak menghairankan andai Azmin sanggup melakukan apa sahaja untuk Tun M asalkan perjuangan yang dimulakan oleh beliau mencapai sasaran.

    Kini, kemanakah arah tuju PKR selepas ini? Adakah masih berpaksi kepada Anwar atau beralih arah kepada Azmin? Melihat kepada situasi semasa, PKR kini lebih dikuasai Azmin hasil daripada bantuan Tun M. Ini dapat dilihat daripada reaksi Wan Azizah yang jelas tidak mahu dan enggan menerima kehadiran Tun M dalam PKR.

    Malah, Anwar sendiri turut bimbang pengaruh Mahathir kini berkembang biak dalam parti yang beliau asaskan sendiri. Ini petanda jelas bahawa Anwar dan Wan Azizah bimbang, PKR akan menyingkirkan mereka berdua dan sekaligus melenyapkan perjuangan Anwar dan Wan Azizah selama berbelas-belas tahun.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PKR Kini Milik Siapa? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top