My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 May 2016

    Program Biasiswa Oleh McDonald's Malaysia



    Dalam era yang mementingkan pelajaran hari ini, pastinya ramai dikalangan ibu bapa mahupun pelajar sedang tercari-cari peluang untuk mendapatkan biasiswa penuh untuk anak-anak mereka. Walaupun banyak tawaran dibuka, namun pastinya ramai tidak mengetahui Ronald McDonald juga turut mempunyai skim biasiswanya yang tersendiri.

    Program yang dilancarkan di seluruh negara pada tahun 1997 ini turut dijalankan dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektifnya adalah menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar cemerlang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. Program biasiswa ini ditawarkan di peringkat sekolah menengah di seluruh negara.

    Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan berbentuk elaun bulanan untuk makanan. Disamping itu juga, sejumlah wang tambahan pada awal tahun untuk pembayaran pengangkutan, pakaian seragam dan yuran sekolah turut disediakan. Selain itu, pelajar-pelajar bertuah ini turut menerima baucar makanan di rangkaian restoran di McDonald's Malaysia.

    Menariknya, sehingga kini, lebih 500 orang pelajar telah menikmati dan mendapat manfaat daripada program ini. Kesemua mereka adalah terdiri daripada pelajar cemerlang di sekolah masing-masng dan kini, ada diantaranya sudah mengecapi kejayaan hasil daripada bantuan yang disediakan oleh McDonald's serta hasil usaha gigih mereka sendiri.

    Ini adalah bukti bahawa McDonald's Malaysia tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memperdulikan mereka yang memerlukan. Keprihatinan McDonald's Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan adalah sesuai dengan prinsip mereka yang ingin membawa senyuman dan kebahagian kedalam diri setiap orang dan masyarakat.

    Mereka yang berminat menyertai program ini, boleh membuat permohonan dengan melawat laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dialamat www.moe.gov.my. Pastinya, andai ada kemahuan pastinya disitu ada jalan dan pihak McDonald's Malaysia hanya membantu apa yang terdaya demi kepentingan masyarakat dan rakyat Malaysia amnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Program Biasiswa Oleh McDonald's Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top