My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 May 2016

    Apakah Program Komuniti Yang Di Sediakan Oleh McDonald's Kepada Masyarakat?



    Tidak ramai yang mengetahui bahawa McDonald's Malaysia merupakan antara penyumbang paling aktif kepada masyarakat menerusi beberapa program, antaranya Ronald McDonald "Gift of Smile". Program ini sebenarnya dilancarkan untuk mengembalikan senyuman kanak-kanak yang dilahirkan sumbing bibir dan lelangit.

    Keadaan ini, sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal, kanak-kanak ini mungkin mengalami masalah pertuturan disamping kesan psikologi dan trauma berterusan.

    Menerusi kerjasama diantara McDonald's Malaysia dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), RMHC Malaysia telah membiayai sepenuhnya kos pembedahan buat kanak-kanak yang layak daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

    Menariknya, sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2004, seramai 350 orang kanak-kanak telah menjalani pembedahan pembetulan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 3 juta. Bagi yang belum mengetahui mengenai program ini, program ini terbahagi kepada dua peringkat.

    Bagi peringkat satu, ia melibatkan pembedahan pembetulan sumbing bibir dan lelangit di peringkat awal dimana kos pembedahan ini dibiayai sepenuhnya oleh RMHC Malaysia. Menariknya, kos penginapan dan pengangkutan juga ditanggung oleh RMHC bagi keluarga yang datangnya dari luar Lembah Klang.

    Untuk peringkat dua pula, program ini khas untuk kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan pembetulan sumbing bibir dan lelangit di peringkat satu dalam tempoh lima tahun sebelumnya. Untuk ini, segala kos pembedahan ortodontik dan tulang rahang, dibiayai sepenuhnya oleh RMHC Malaysia dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur.

    Dianggarkan, setiap tahun seramau 10 orang kanak-kanak akan dipilih untuk menjalani pembedahan ini dan RMHC berhasrat untuk meningkatkan jumlah ini dimasa akan datang.

    Inilah bukti dimana McDonald's Malaysia cukup prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Bagi McDonald's Malaysia, senyuman kanak-kanak harus dikembalikan dan McDonald's sentiasa bersedia untuk menjadi "rumah kedua" mereka asalkan semua senyuman kanak-kanak ini sentiasa terukir untuk menghiasi perjalanan hidup mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apakah Program Komuniti Yang Di Sediakan Oleh McDonald's Kepada Masyarakat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top