My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 May 2016

    Kawasan Setinggan Paling Mahal


    Di satu sudut yang dikelilingi pencakar langit di Shanghai, China, terdapat satu kawasan antara paling berharga di dunia yang dipenuhi habuk dan sampah. Kawasan kejiranan Guangfuli adalah impian setiap pelabur hartanah kerana kedudukannya di pasaran hartanah paling mahal. 

    Bagaimanapun, realitinya kawasan itu umpama mimpi ngeri kepada pemaju. Beratus-ratus penduduk enggan berganjak dari rumah usang mereka, walaupun selepas diarah pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan itu sejak 16 tahun lalu bagi membolehkan projek pembinaan baru dilaksanakan.

    Luo Baocheng, antara penduduk yang tinggal di bangunan apartmen tiga tingkat bersama keluarganya di Guangfuli berkata, rumah itu diwarisi daripada ibunya. Menurutnya, syarikat pemaju, Xinhu Zhongbao, yang mahu tanah itu dikosongkan enggan membayar pampasan sebanyak 4.2 juta yuan (RM3.4 juta), yang didakwanya setimpal dengan nilai rumah berkenaan.

    “Mereka memberitahu saya tidak mempunyai sijil hak milik hartanah. Saya sudah tinggal di sini sejak 32 tahun lalu. Adakah rumah ini bukan milik saya?” katanya.

    Pemaju dilaporkan menawarkan penduduk Guangfuli apartmen di Jiading, tetapi kawasan itu lebih jauh daripada tempat tinggal mereka ketika ini. Lebih malang lagi, rumah itu bukan diberi percuma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kawasan Setinggan Paling Mahal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top