Kesempatan penulis mengunjungi negeri Sarawak baru-baru ini sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11, penulis sempat singgah ke dua buah restoran McDonald's di Kuching. Restoran yang terletak di Jalan Tabuan Jaya dan Jalan Tunku Abdul Rahman ini menyajikan menu yang sama dengan apa yang terdapat di Semenanjung.

Berbicara tentang aspek makanan halal di McDonald's Sarawak, pastinya ada yang menganggap, bekalan daging dan ayam di semua 10 buah rangkaian McDonald's di Seluruh Sarawak dibekal dan diproses di Sarawak. Justeru timbul persepsi negatif dengan mengatakan ada kemungkin terselit bekalan yang tidak halal dalam menu jualan di McDonald's Sarawak.
Hakikat sebenarnya ialah, semua bekalan makanan yang disediakan di semua rangkaian McDonald's di seluruh Sarawak, samada dari bekalan roti, daging burger dan ayam, dibekalkan dari dua sumber yang sama iaitu MacFood Services (M) Sdn Bhd dan Aryzta Malaysia Sdn Bhd. Merekalah yang bertanggungjawab membekalkan semua produk makanan di seluruh rangkaian restoran McDonald's di Sarawak.

Boleh dikatakan, kesemua rangkaian McDonald's di Kuching buka untuk 24 jam bagi kemudahan penduduk di Kuching menikmati hidangan yang disediakan di rangakaian restoran ini. Dengan dua buah restoran yang menyediakan kemudahan penghantaran, pastinya ia merupakan salah satu cara untuk pelanggan setia McDonald's menikmati hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja.
0 comments:
Post a Comment