Bilangan penduduk tanpa agama atau ateis meningkat dengan ketara dan mengatasi populasi penganut Kristian di England dan Wales, menurut satu analisis baharu seperti dalam laporan akhbar The Guardian kelmarin.
Menurut kaji selidik itu, bilangan individu yang dikenal pasti tidak mempercayai kewujudan Tuhan itu mencecah 48.5 peratus pada 2014, meningkat hampir dua kali ganda berbanding 25 peratus sepanjang 2011. Penduduk yang mengaku menganuti ajaran Kristian Anglikan dan Katholik merangkumi 43.8 peratus populasi di England dan Wales pada 2014.
“Apa yang jelas adalah peningkatan ketara bilangan individu tanpa agama ini dalam populasi” kata Pensyarah Kanan Teologi dan Etika Universiti Katholik St Mary, Stephen Bullivant. Beliau menganalisis data yang dikumpulkan menerusi penyelidikan dikenali sebagai Sikap Sosial British sejak tiga dekad lalu.
“Faktor utama menyumbang kepada situasi ini adalah individu yang dibesarkan dalam keadaan beragama kini mengakui diri mereka ateis. Bilangan golongan ini yang bukan sahaja tidak mengamalkan ajaran Kristian, malah menolak agama meningkat dengan cepat,” kata Bullivant.
Laporan itu bagaimanapun tidak meneliti data dari Scotland atau Ireland Utara. Kaji selidik Sikap Sosial Scotland pada bulan lalu mendapati 52 peratus populasinya mengakui tidak mengamalkan ajaran Kristian agama berbanding hanya 40 peratus pada 1999.
Analisis baharu itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Kristian berikutan meningkatnya sikap tidak ambil peduli pada agama. Pada tahun ini, Gereja England menyatakan, pihaknya menjangkakan jumlah kehadiran ke gereja akan terus menurun untuk tempoh 30 tahun akan datang ekoran mereka yang hadir ke gereja kini semakin berusia, manakala generasi baharu pula menolak institusi agama.
0 comments:
Post a Comment