My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 May 2016

    Dua Das Hinggap Di Badan


    Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis yang mengejarnya sejauh lima kilometer di Ara Kuda, di sini, petang semalam. Sebelum kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki terbabit yang memandu Proton Wira dilihat dalam keadaan mencurigakan dekat Ladang Malakof lalu dikejar sepasukan polis yang menaiki Proton Waja. 

    Sebaik menyedari dikejar polis, lelaki terbabit memecut ke arah Ara Kuda sebelum memasuki kawasan semak. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, lelaki berkenaan keluar dari kenderaannya lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta polis.

    Berikutan itu, menurut Azmi, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan balas dan dua das terkena pada badan lelaki berkenaan. “Anggota polis yang membuat pemeriksaan ke atas suspek menemui dua bungkus dadah jenis syabu dan heroin dalam poket seluar lelaki terbabit.

    “Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya ketika ditemui, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Das Hinggap Di Badan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top