Melahirkan seorang ahli Fizik, mungkin kedengaran agak sukar direalisasikan bagi kebanyakan pelajar di negara ini. Ketika ramai yang melihat bidang perdagangan dan sastera sebagai pilihan utama, nagara cukup memerlukan kelahiran ahli sains yang berkebolehan bagi membantu negara dalam meneroka ilmu sains yang kini bergerak seiring dengan kemajuan dunia.
Dalam hal ini, negeri Sarawak beruntung kerana negeri ini mungkin bakal melahirkan seorang ahli fiziknya tersendiri. Ini kerana seorang anak daerah pendalaman Marudi di Sarawak terlah terpilih untuk mewakili negara ke kejohanan fizi dunia yang bakal berlangsung di Zurich, Switzerland.
Moh Ling Siang, pelajar Tingkatan 6 SMK Marudi merupakan satu-satunya wakil pelajar dari Sabah dan Sarawak yang akan mewakili kontinjen negara dalam 47th International Physics Olympiad (IPhO) 2016 yang akan berlangsung pada 11-17 Julai 2016 di Zurich, Switzerland.
Beliau yang terpilih menjadi wakil tunggal dari Sabah dan Sarawak ini bertekad untuk mengharumkan nama sekolah, SMK Marudi dan bumi kelahirannya, Baram. Beliau dipilih untuk mewakili negara setelah melalui beberapa siri bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Setiap siri bengkel yang dianjurkan sepanjang awal tahun 2016, telah menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran untuk mendapatkan wakil terbaik yang akan mewakili Malaysia.
Sebagai persediaan untuk menghadapi saingan di Zurich nanti, Moh Ling Siang telah dijadualkan untuk menghadiri dua sesi bengkel persediaan yang akan berlangsung pada 30 Mei ini nanti, dan yang terakhir sekali pada awal bulan Julai nanti.
Dalam perkembangan yang sama guru pengiring, Cikgu John Liew menyeru seluruh warga Malaysia dan Sarawak khasnya, berdoa agar Moh Ling Siang berjaya dalam pertandingan tersebut dan merangkul pingat kemenangan buat tanah air kita. Kejayaan itu diharapkan dapat meninggikan martabat negara di mata dunia.
Untuk yang tidak mengetahui mengenai pertandingan berkenaan, sila rujuk pertandingan ini menerusi http://ipho.org/https://en.wikipedia.org/wiki/International_Physics_Olympiad
0 comments:
Post a Comment