My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 May 2016

    Bukan Hanya Najib, Anwar Pun Mahu Diguling Mahathir



    Membicarakan gerakan yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam arus politik negara hari ini, ramai yang melihat gerakannya mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia. Namun sesuatu yang ramai tidak nampak, Datuk Seri Anwar juga turut terkena tempias kegilaan Tun M kali ini.

    Jika Datuk Seri Mohd Najib, kita dapat lihat gerakan Tun M yang mengaitkan pelbagai cerita kononnya Perdana Menteri terlalu banyak salah laku yang membabitkan 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion, kes pembunuhan Altantuya dan banyak lagi. Walhal semua tuduhan berkenaan jelas karut dan langsung tiada kredibiliti untuk mendakwa Datuk Seri Mohd Najib.

    Manakala di dalam PKR, parti yang ditubuhkan oleh Anwar hasil daripada kekecewaannya terhadap Tun M semasa kebangkitan Reformasi pada tahun 1998, beliau menjadikan PKR seperti gelanggang beliau untuk menabur pelbagai dakyah dan fitnah terhadap kerajaan.

    Dengan menjadikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebagai platform beliau untuk mengadakan sesuatu majlis, tindakan beliau ini jelas merenggangkan lagi jurang antara Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR dengan Azmin selaku Timbalan Presiden.

    Malah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu kumpulan aktivis pro PKR, Otai Reformasi, mereka mendakwa, Anwar ada mengutus satu surat panjang lebar yang mengingatkan ahli PKR supaya tidak mudah terpengaruh dengan gerakan yang sedang digerakkan oleh Tun M menerusi parti berkenaan.

    Menariknya, dikatakan, Wan Azizah dan Nurul Izzah sendiri agak berang dengan cara Tun M yang jelas langsung tidak menghormati Wan Azizah selaku Presiden parti. Dalam hal ini, yang mengambil untung adalah Azmin dimana, beliau melihat gerakan Tun M yang dibantu olehnya, adalah peluang terbaik bagi beliau mengumpulkan pengikut dan sekaligus menguatkan kemnya untuk masa akan datang.

    Nyata sekali, nafsu politik yang ada pada Tun M ini bukan sekadar mahu melemahkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib. Beliau juga dilihat mahu melenyapkan terus nama keluarga Anwar dalam arus politik semasa dengan menggunakan anak angkat beliau, Azmin ali sebagai proksi dan landasan untuk meliau mencapai hasrat beliau yang sudah lama terpendam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Hanya Najib, Anwar Pun Mahu Diguling Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top