My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 May 2016

    Tanpa PAS, Azmin Bukan Siapa-Siapa Dalam Politik Selangor



    Ketamakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang kekal dengan pendirian mahu meletakkan calon PKR di kerusi Parlimen P093 Sungai Besar sedikit sebanyak telah memakan dirinya sendiri. Manakan tidak, hanya mahu memastikan hasratnya tercapai, beliau sanggup mengusir semua Exco PAS keluar dari kerajaan yang diterajui beliau hari ini.

    Sudah pastinya, individu yang akan bangkit dan cukup berang dengan perkara ini adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau yang dilihat begitu berang dengan kenyataan Azmin ini pantas meminta semua Exco PAS di dalam kerajaan Selangor supaya mengekalkan kerusi masing-masing dan tidak memperdulikan arahan Azmin berkenaan.

    Penafian yang dibuat Azmin, lewat petang semalam juga nyata tidak dapat menghentikan kemarahan PAS terhadap beliau. Malah, ada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS yang mendakwa, Azmin tidak akan berada dikedudukannya sekarang jika tidak kerana pengorbanan dan perjuangan PAS untuk meletakkan beliau dikedudukannya hari ini.

    Kenapa PAS sanggup mengungkit semula apa yang dilakukan oleh mereka terhadap Azmin? Benarkah dakwaan PAS ini? Secara dasarnya, dakwaan PAS ini cukup berasas. Ini kerana, sebaik sahaja PKR melancarkan gerakan Langkah Kajang pada Januari 2014, selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya, 8 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan.

    Perletakkan jawatan ini dipercayai bagi membolehkan PKR meletakkan Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR untuk dijadikan Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang langsung tidak disenangi Datuk Seri Anwar pada waktu itu.

    Walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil berkenaan dan dibantu dengan sokongan penuh DAP pada waktu berkenaan, namun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor nyata menjadi penghalang untuk Wan Azizah dilantik untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Polemik ini berterusan apabila PAS, yang pada ketika itu memegang kerusi DUN paling banyak di Selangor, menyatakan sokongan mereka kepada Azmin.

    Ironinya, hasil daripada pertembungan ini menyaksikan PAS akhirnya dibuang daripada Pakatan Rakyat pada ketika itu dan Pakatan Rakyat turut terkubur. Azmin pula, atas perkenan Baginda Sultan Selangor, beliau dilantik untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid.

    Lebih dua tahun sudah berlalu, hari ini Azmin seumpama kaduk naik junjung. Melupakan jasa PAS yang melonjakkan kedudukan beliau, beliau sanggup mengusir Exco PAS dari kerusinya hanya semata-mata keengganan PAS untuk terus bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

    Sudah tentu, PAS cukup berang dengan perkara ini kerana jika tidak kerana PAS dan usaha bersungguh-sungguh Datuk Seri Abdul Hadi Awang melobi nama Azmin pada ketika itu, pastinya nama lain yang akan dilantik ke kerusi Menteri Besar walaupun pada hakikatnya, PAS ada hak untuk menuntut jawatan berkenaan atas kapasiti memiliki kerusi DUN paling banyak pada waktu itu.

    Mungkin Azmin terlupa atau sengaja mahu melupakan PAS setelah kini beliau mempunyai sekutu baru, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed. Namun harus diingat, Azmin juga dalam perhatian DAP dan kem A yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah untuk menjatuhkannya walaupun DAP dan Wan Azizah sedar, ia akan membabitkan keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tanpa PAS, Azmin Bukan Siapa-Siapa Dalam Politik Selangor Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top