My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 24 May 2016

    KLIA Aeropolis Penyumbang RM 30 Bilion


    Pelan pembangunan KLIA Aeropolis dijangka mampu menyumbang RM30 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 15 tahun. Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, selain itu KLIA Aeropolis juga dijangka dapat memberi lebih 56,000 peluang pekerjaan dalam tempoh pembangunan projek terbabit. 

    Katanya, KLIA Aeropolis bakal mengubah landskap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi sebuah bandar lapangan terbang berkelas dunia. “Sekarang KLIA menerima lebih 50 juta penumpang setiap tahun dengan lebih 60 penerbangan di lebih 130 destinasi langsung.

    “Dengan pembangunan KLIA Aeropolis ini, kami juga berharap Malaysia mampu menjadi hab kargo udara utama dan menyasarkan pertumbuhan 4.0 peratus bagi trafik kargo global dan tempatan,” katanya di majlis pelancaran KLIA Aeropolis oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, semalam.

    Beliau berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan kapasiti sebanyak 2.5 juta hingga 3.0 juta tan kargo udara menjelang 2050 berbanding 726,000 tan pada masa ini.

    Menurutnya, pembangunan KLIA Aeropolis dikenal pasti sebagai salah satu daripada teras strategik dalam pelan perniagaan lima tahun MAHB dan pihaknya komited mewujudkan nilai melalui perkongsian pintar serta kerjasama sinergi dengan rakan kongsi perniagaannya untuk manfaat bersama, terutama dalam pembangunan Aeropolis.

    Pembangunan Aeropolis dengan keluasan 404.7 hektar itu dijangka menjana kira-kira RM7 bilion potensi pelaburan menerusi tiga komponen utama iaitu kargo udara dan logistik, taman perniagaan dan penerbangan serta mesyuarat, insentif, persidangan dan acara (MICE) serta percutian.

    KLIA Aeropolis bakal mengubah landskap ekonomi kawasan yang mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta membantu menyokong aktiviti lain termasuk perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembuatan dan perkhidmatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KLIA Aeropolis Penyumbang RM 30 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top