My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 May 2016

    Kecelaruan Pembangkang Beri Keuntungan Pada BN



    Ketidak tentuan yang melanda Pakatan Harapan dan PAS dalam meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen P093 Sungai Besar, jelas menampakkan ketidak sepakatan mereka dalam menjadi calon tunggal untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu nanti.

    Di dalam Pakatan Harapan, pertembungan pendapat antara Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakibatkan keadaan semakin bercelaru dimana PAN bertegas untuk meletakkan calon mereka di kerusi ini.

     Namun bagi PKR, terutamanya Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali, beliau tegas mahu PAN untuk tidak bertanding di kerusi ini kerana beliau menyifatkan PKR mempunyai peluang lebih cerah untuk memenanginya jika hendak dibandingkan dengan PAN.

    Samada sengaja atau sebaliknya, Azmin dilaporkan ada mengungkit prestasi PAN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu dimana beliau menyifatkan, pencapaian kesemua calon PAN pada pilihan raya berkenaan adalah cukup mengecewakan. Tegas beliau, walaupun BN Sarawak berjaya mencapai lebih kerusi pada pilihan raya negeri yang lalu, PKR masih mampu mempertahankan 3 kerusi yang dimenangi mereka pada PRN yang ke 10.

    Bagi PAN pula, pencapaian di Sarawak bukan ukuran untuk menilai kekuatan parti mereka bagi mengharungi detik Pilihan Raya Kecil di Semenanjung. Tegas mereka, dengan sokongan daripada akar umbi dan sokongan yang ditunjukkan oleh DAP serta Presiden PKR sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sudah cukup untuk menceritakan kenapa PAN wajar bertanding di kerusi ini.

    Pada masa yang sama, PAS turut bertegas untuk meletakkan calon di Sungai Besar walaupun Nga Kor Ming berusaha memujuk PAS untuk tidak bertanding bagi memberi laluan kepada PAN. Malah, Azmin sendiri turut berusaha memujuk PAS agar tidak bertanding bagi memberi laluan kepada PKR untuk menjadi calon tunggal di kerusi ini.

    Kedegilan PAS dilihat ada asasnya. Kerusi P093 Sungai Besar, secara tradisinya memang ditandingi PAS sejak sekian lama. Malah kedudukan PAS yang bukan lagi menjadi anggota Pakatan Harapan jelas menampakkan, tiada siapa yang dapat menghalang kemahuan PAS untuk bertanding dimana-mana kerusi yang mereka inginkan.

    Justeru, pujukan dari Nga dan Azmin pastinya sia-sia dan PAS tetap akan bertanding di kerusi ini walau apapun halangannya.

    Melihat kepada kecelaruan ini, pastinya ia berita baik untuk UMNO dan Barisan Nasional untuk mengekalkan penguasaan mereka di kerusi ini. Pastinya, PKR pening memikirkan bagaimana mahu memaksa PAN untuk tidak bertanding dan DAP pula dilihat lebih cenderong kepada PAN berbanding PKR.

    PAS pula disifatkan oleh PKR dan PAN sebagai pengacau dalam pilihan raya ini. Justeru, UMNO dengan rakan sekutu di dalam Barisan Nasional pastinya akan mengambil kesempatan ini untuk berganding bahu bagi memastikan kemenangan dapat diraih pada pilihan raya kecil ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kecelaruan Pembangkang Beri Keuntungan Pada BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top