Desas-desus berita kehamilan Nad Zainal akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengesahkan perkara itu di majlis prebiu Ramadan - Iftar @ Intekma Resort di sini, hari ini. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal, 26 memberitahu kandungannya kini berusia lebih empat bulan.
Nad tidak berniat menyembunyikan berita gembira itu memilih berdiam diri sebelum ini memandangkan kandungannya masih baru. "Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki. Doakan semuanya berjalan lancar. Saya mahu memastikan kandungan benar-benar kuat, barulah kongsi berita kehamilan ini kepada umum," katanya.
Sebelum ini, Nad memuat naik berita gembira kehamilan di laman sosial Instagram miliknya ketika kandungan berusia 18 minggu, namun dia tidak bersedia berkongsi berita itu kepada peminat dan media atas nasihat doktor. Kata Nad, buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan dan keadaan kesihatannya baik.
"Bulan pertama kehamilan saya muntah teruk tetapi sekarang saya dan bayi dalam kandungan sihat. Saya akan meneruskan aktiviti seni sehingga pertengahan Jun dan selepas itu kena buat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata," katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama Mawar Putih Tanda Perpisahan ini dijangka bersalin pada 20 Oktober depan. Terdahulu Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin, 28 pada 18 Disember 2015.
0 comments:
Post a Comment