My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 May 2016

    Mourinho Bakal Mengusi Kerusi Pengurus Baharu United?



    Meskipun Louis van Gaal berjaya menjulang trofi Piala FA di Wembley awal pagi semalam, namun ia tidak cukup untuk menghalang Manchester United melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baharu skuad The Red Devils. 

    Menurut laporan media Britain, bekas pengendali Chelsea itu semakin hampir untuk mengendalikan United musim depan selepas dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi Eksekutif kelab tersebut, Ed Woodward di Old Trafford sebelum bermulanya perlawanan akhir Piala FA kelmarin.

    Pada pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai gaji serta permintaan berhubung dana untuk mendapat pemain yang lebih berkualiti bagi kelab tersebut musim depan. Jika kedua-dua pihak mencapai persetujuan, Mourinho bakal diumumkan sebagai pengurus baharu United dalam masa terdekat.

    Difahamkan, Mourinho telah bersetuju dengan syarat-syarat utama yang ditetapkan kelab itu bagi membolehkannya mengambil alih tugas pengurus daripada van Gaal, 64. Sejak dipecat oleh Chelsea pada Disember tahun lalu, Mourinho masih belum menyertai mana-mana pasukan meskipun dikaitkan dengan kelab Paris Saint-Germain.

    Walaupun sebelum ini United tetap mahu mengekalkan van Gaal sebagai menghormati kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya sebelum ini. Namun, aksi yang tidak konsisten serta gagal membawa kelab dari Old Trafford itu layak ke saingan Liga Juara-Juara menyebabkan pengendali kelahiran Belanda tersebut terpaksa keluar lebih awal.

    Van Gaal tetap berharap beliau diberikan peluang untuk meneruskan tugasnya yang berbaki setahun lagi selepas kejayaan menjulang Piala FA musim ini. Beliau dikatakan tidak mengetahui dengan langkah United untuk melamar Mourinho.

    “Saya menunjukkan piala ini untuk anda semua dan saya tidak mahu berbincang mengenai kedudukan saya sebagai pengendali pasukan ini ketika ini. Bagaimanapun, saya bangga menjadi jurulatih pasukan ini selepas berjaya menjulang trofi Piala FA selepas Alex Ferguson turut melakukannya sebelum ini.

    “Sasaran kita tetap sama, kami mahu meningkatkan mutu perlawanan dan mencari beberapa pemain baharu di dalam skuad ini. Peningkatan prestasi berdasarkan pembelian pemain yang akan kita lakukan nanti. Saya telah memberitahu kelab bahawa pasukan ini memerlukan seorang pemain sayap yang pantas.

    “Saya yakin sekiranya kita berjaya melakukan pembaharuan di dalam skuad ini kita mampu untuk bangkit. Kita tidak boleh menggunakan pemain yang sedia ada sahaja,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mourinho Bakal Mengusi Kerusi Pengurus Baharu United? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top