My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 May 2016

    Tiada Lagi Imej Craig Dalam Siri James Bond?



    SELEPAS mengumumkan pengundurannya menjadi James Bond pada tahun 2014, aktor Daniel Craig sekali lagi mengejutkan ramai pihak selepas didakwa sanggup menolak tawaran berjumlah RM310 juta untuk watak tersebut. 

    Menurut laporan The Telegraph, Craig menolak tawaran yang diberikan oleh Metro-Goldwyn-Mayer (MGM Studios) untuk dua buah sekuel Bond yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Jumlah itu termasuklah bayaran penajaan, jumlah keuntungan dan peranannya sebagai pembantu penerbit.

    Menurut sumber daripada One LA: “Craig sudah nekad untuk tidak melakukannya lagi. Dia sudah memaklumkan kepada pihak produksi bahawa ia adalah filem terakhirnya tetapi mereka beranggapan dia akan kembali menjadi Bond selepas ditawarkan dengan bayaran lumayan.”

    Bintang berusia 48 tahun itu antara aktor yang menerima bayaran paling mahal di Hollywood setakat ini dengan jumlah bayaran yang pernah diterimanya sebanyak RM172 juta untuk tiga sekuel lakonannya dahulu iaitu Quantum Of Solace, Casino Royale dan Skyfall.

    Dia mula memegang watak perisik British itu sejak 2005 dan kejayaan keempat-empat filem terdahulunya pernah menyelamatkan MGM Studios daripada krisis bankrap.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Lagi Imej Craig Dalam Siri James Bond? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top